Bismillah, bacalah dengan nama Tuhan yang menjadikan! [Surah al-Alaq 96:1]
Assalammualaikum sahabat-sahabat yang dirahmati ALLAH subhanahu wa ta’ala.
Segala puji dan puja adalah milik ALLAH Azza wa Jalla [yang maha Perkasa lagi Mulia].
Selawat Dan Salam Kepada Junjungan Baginda Rasulullah Shallallahu `alaihi wa sallam serta
Para Sahabat-sahabat Baginda Rasulullah Shallallahu `alaihi wa sallam dan juga Ahli Keluarga Baginda Rasulullah Shallallahu `alaihi wa sallam .
Semoga sahabat-sahabat semua di dalam naungan rahmat Illahi.
R15Mar27 – Menghayati Hubungan Dengan Kehidupan
Tajuk Khutbah Jumaat minggu ini adalah “Menghayati Hubungan Dengan Kehidupan”.
Pendahuluan khutbah hari ini sangat menarik. Kerana ia membicarakan mengenai satu ciptaan ALLAH subhanahu wa ta’ala yang dekat dengan kita,
tetapi tidak ramai yang memberikan perhatian kepadanya. Sangat menarik.
Membicarakan tentang ciptaan ALLAH ini membuat saya teringat dengan kata-kata yang saya baca tempoh hari, yang saya kongsi dengan beberapa teman.
Sangat terkesan buat diri Nani.
“Kita menyakini bahawa ada 5 fase kehidupan manusia iaitu alam Ruh, alam Rahim, alam Dunia, alam Kubur dan terakhir alam Akhirat.
Jika anda membaca tulisan saya saat ini, berarti anda telah melewati alam Ruh dan alam Rahim serta tengah menjalani alam Dunia sedangkan alam Kubur dan alam Akhirat menanti.
Kondisinya sekarang, banyak manusia yang tenggelam di alam Dunia. Banyak manusia yang sangat menyibukkan diri dengan mencari kepuasaan dunia tanpa kenal waktu dan lelah.
Mengapa bisa tenggelam? Kerana dunia ini NYATA, keindahannya dapat langsung dirasakan oleh lidah, kemewahannya mampu menyombongkan hati pemiliknya dan masih banyak hal yang berkait dengan dunia.
Firman ALLAH swt dalamAl-Qura Surah Ali Imran 14 :-
Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang dingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; hartabenda yang banyak berpikul-pikul, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga). “
ALLAHUAKBAR!
Semoga Allah subhanahu wa ta’ala mengurniakan kita dengan ketenteraman jiwa, kebahagian dan keredhaan-NYA di dunia dan di akhirat. Amin, Ya Rabbal ‘Alamin.
ALLAHUMMA SOLI ALA SAIDINA MUHAMMAD Shallallahu `alaihi wa sallam WA’ALA ALI SAIDINA MUHAMMAD Shallallahu `alaihi wa sallam.
Salam Sayang
~Nani~