Friday Sermon 5 Ramadhan 1437H / 10 Jun 2016

10 Jun

Bismillahirrahmanirrahim, In the Name of ALLAH, the Most Beneficent, the Most Merciful.

Read! In the name of your Lord who created !

[Surah al-Alaq 96:1]

Assalammualaikum my sisters, May Peace Be Upon you!

Praises to ALLAH subhanahu wa ta’ala (Glorified and Exalted be He) for HIS never ending blessings that HE has bestowed upon us.

Peace and Blessings be upon ALLAH’s chosen messenger and our Prophet, Prophet Muhammad Shallallahu `alaihi wa sallam (May ALLAH’s blessings and peace be upon him), his companions, his descendants, and those who allied with him and followed him till the day of Judgement.

First of all, my apology for not sending the Friday sermons to you and I hope to “restart” this yet again.

A few nights ago, I saw the effort that have been made to prepare these sermons in one TV program & I recalled a sharing on how during the time of Prophet Muhammad Shallallahu `alaihi wa sallam, some of the wives of the companions radhiALLAHu anhum (may ALLAH be pleased with them all) were excited each time their husband returned from a Friday sermon.

“Tell me, what did the Prophet Muhammad Shallallahu `alaihi wa sallam said in today’s sermon?”

 And these were the people of jahiliyyah! Masya ALLAH.

So with a similar zest, Insya ALLAH, I shall re-start this sharing once again. Please say your prayers for me. And may these be beneficial to you all.

 

And secondly, Ramadan Kareem! Our first Friday in Ramadan 1437H! Alhamdulillah!

————————————–

Today’s khutbah is on “Instilling Values in Our Family Through Acts of Worship”.

E16Jun10 – Instilling Values in Our Family Through Acts of Worship

Today’s khutbah draws a special feeling for me as I seek to rekindle a relationship between a family member and myself over the past few months.

May ALLAH subhanahu wa ta’ala (Glorified and Exalted be He) make it easy on me and have mercy on us.

Ameen ALLAHumma Ameen.

————————————

ALLAHUMMA SOLI ALA SAIDINA MUHAMMAD Shallallahu `alaihi wa sallam WA’ALA ALI SAIDINA MUHAMMAD Shallallahu `alaihi wa sallam.

 

With Love

~Nani~

“If you are not patient, pretend to be, because if a man imitates something, it will soon become part of him.” Sayyidina Ali radhiALLAHU anhu.

 

 

 

Khutbah Jumaat 9 Jamadilakhir 1437H / 18 Mar 2016

18 Mar

Bismillah, bacalah dengan nama Tuhan yang menjadikan! [Surah al-Alaq 96:1]

Alhamdulillah wa syukirillah. Was salatu wassalamu ‘ala Rasoolillah Shallallahu `alaihi wa sallam. Amma ba’d.

Segala puji dan puja adalah milik ALLAH Azza wa Jalla [yang Maha Perkasa lagi Mulia]. Selawat Dan Salam Kepada Junjungan Baginda Rasulullah Shallallahu `alaihi wa sallam serta Para Sahabat-sahabat Baginda Rasulullah Shallallahu `alaihi wa sallam  dan juga Ahli Keluarga Baginda Rasulullah Shallallahu `alaihi wa sallam .

Semoga sahabat-sahabat semua di dalam naungan rahmat Illahi. Ameen ALLAHumma Ameen.

Tajuk Khutbah Jumaat hari ini adalah “Laksanakan Keadilan, Tunaikan Hak Sesama Insan”.

R16Mar18-Laksanakan_Keadilan_Tunaikan_Hak_Sesama_Insan

  • Pandangan kita terhadap keadilan tidak seharusnya dikaburkan oleh kecenderungan dan kasih sayang kita terhadap seseorang.
  • Hari ini, kita melihat sebahagian orang yang sanggup membenarkan dan mempertahankan mereka yang mempunyai kecenderungan orientasi agama mahupun kumpulan rakan yang sama meskipun orang itu melakukan sesuatu yang salah. Contohnya temannya yang sealiran menjatuhkan maruah, menghina mahupun menzalimi orang daripada kecenderungan agama yang lain. Namun daripada menegur temannya itu, mereka cuba mempertahankan salah laku temannya.
  • Ini tidak selari dengan panduan agama kita saudara. Jika teman mahupun saudara kita salah bantulah mereka dengan membetulkannya.

 

Tidak ada keadilan yang mutlak di dunia ini. Semakin kita terima hakikat ini, hidup kita akan menjadi semakin tenang.

Jika tidak, kita akan sentiasa rasa arah, kecewa, dipersenda dan ditipu oleh manusia lain dan keadaan.

Sebaliknya, apabila kita mula menerima hakikat dunia memang tidak adil, maka hidup kita kan menjadi lebih tenang dan harmoni.

Mengapa di dunia ini tidak ada keadilan yang mutlak? Yang baik, tidak semestinya mendapat ganjaran dan balasan yang baik.

Manakala yang jahat, acap kali terlepas dan bebas?

Ya, inilah kaedah ALLAH menguji manusia, agar terserlah siapa yang benar-benar ikhlas berbuat kepadaNya dan

siapa pula yang benar-benar meninggalkan kejahatan kerana-Nya jua. Inilah ujian iman. – Ustaz Pahrol Mohamed Juoi

ALLAHUMMA SOLI ALA SAIDINA MUHAMMAD ShallALLAHu `alaihi wa sallam WA’ALA ALI SAIDINA MUHAMMAD ShallALLAHu `alaihi wa sallam.

 

Salam Sayang

~Nani~

 

12 March 2016

16 Mar

  

In the name of God, the infinitely Compassionate and Merciful.Praise be to God, Lord of all the worlds.

The Compassionate, the Merciful. Ruler on the Day of Reckoning.

You alone do we worship, and You alone do we ask for help.

Guide us on the straight path,

the path of those who have received your grace;

not the path of those who have brought down wrath, nor of those who wander astray.

Ameen. 

——

Dear God , You are the one who knows the condition of this heart. Help me purify it through the study and the learning of the path of those You favour. Ameen. 

Makam Habib Ali Batu Pahat. 

A sprititual journey. Insya ALLAH. 

Khutbah Jumaat 10 Jamadilawal 1437H / 19 Feb 2016

19 Feb

Bismillah, bacalah dengan nama Tuhan yang menjadikan! [Surah al-Alaq 96:1]

Alhamdulillah wa syukirillah. Was salatu wassalamu ‘ala Rasoolillah Shallallahu `alaihi wa sallam. Amma ba’d.

Segala puji dan puja adalah milik ALLAH Azza wa Jalla [yang Maha Perkasa lagi Mulia].

Selawat Dan Salam Kepada Junjungan Baginda Rasulullah Shallallahu `alaihi wa sallam serta

Para Sahabat-sahabat Baginda Rasulullah Shallallahu `alaihi wa sallam  dan juga Ahli Keluarga Baginda Rasulullah Shallallahu `alaihi wa sallam .

Semoga sahabat-sahabat semua di dalam naungan rahmat Illahi. Ameen ALLAHumma Ameen.

R16Feb19-Kepentingan_Bersyukur_Tatkala_Diuji

Tajuk Khutbah Jumaat hari ini adalah “Kepentingan Bersyukur Tatkala Diuji”.

  • Semenjak beberapa minggu ini, kita telah membicarakan tentang kepentingan mensyukuri nikmat. Hanya sahaja apabila disebut nikmat, akan terbayang di mata kita kesenangan, keselesaan dan kegembiraan. Namun kita sedia maklum bahawa hidup ini tidak sepi juga daripada kesedihan, kehampaan dan ujian. Namun tidak kira apa jua keadaanya, seorang Mukmin akan berusaha kekal bersikap positif.
  • Apabila kita ditimpa musibah bersyukurlah kerana itu petanda ALLAH masih sayangkan kita. Kita sebagai manusia jika terus-menerus mendapatkan kemewahan, keselesaan, kesenangan akan amat mudah hanyut, sehingga melupakan dan tidak merasakan perlu untuk dekat dengan ALLAH. Untuk itu, ada kalanya ALLAH memberikan kita ujian. Di mana dalam ujian itu kita akan merasa perlu untuk kembali bersujud, memohon bantuanNYA.
  • Jika kita, sebagai contoh, sedang diuji ALLAH dengan masalah keluarga. Ingatlah saudara, para Anbiya’ juga menghadapi cabaran dan masalah dengan keluarga mereka. Oleh itu, ketahuilah saudara, jika kita sedang diuji ALLAH, itu merupakan suatu nikmat, yang tersembunyi disebaliknya ganjaran yang luar biasa, kerana para Nabi juga diuji ALLAH s.w.t. Namun itu bukan bermakna bahawa kita berpeluk tubuh dan membiarkan sahaja masalah mahupun dugaan tanpa diusahakan mencari huraiannya.

 

Masya ALLAH. Semoga bermanfaat buat diri kita.

 

 

Minggu ini, Nani sertakan video mengenai “Hanya orang-orang yang sabar.” Dari Ustaz Ahmad Bin Shadan Al-Hadrami.

Perawalan video ini menceritakan hadis RasulALLAH shallallahu `alaihi wa sallam mengenai Islam, Iman dan Ihsan.

Cukup indah.

Dan dengan sukacitanya, saya ingin mengingatkan bersama bahawa bulan Ramadhan akan sampai dalam masa 108 hari. SubhanALLAH. Semoga ALLAH sampaikan kita ke dalam bulan yang penuh dengan barakoh. Ameen.

Buat sahabat-sahabat, jangan lupa untuk membayar puasa yang telah ditinggalkan kerana keuzuran kerana ia adalah wajib. Semoga ALLAH memudahkan segalanya untuk sahabat-sahabat semua. Ameen.

ALLAHUMMA SOLI ALA SAIDINA MUHAMMAD Shallallahu `alaihi wa sallam WA’ALA ALI SAIDINA MUHAMMAD Shallallahu `alaihi wa sallam.

Salam Sayang

~Nani~

Dengan ilmu, kamu akan berhati-hati. – Ustazah Zulaikha.

Khutbah Jumaat 3 Jamadilawal 1437H / 12 Feb 2016

12 Feb

Bismillah, bacalah dengan nama Tuhan yang menjadikan! [Surah al-Alaq 96:1]

Alhamdulillah wa syukirillah. Was salatu wassalamu ‘ala Rasoolillah Shallallahu `alaihi wa sallam. Amma ba’d.

Segala puji dan puja adalah milik ALLAH Azza wa Jalla [yang Maha Perkasa lagi Mulia].

Selawat Dan Salam Kepada Junjungan Baginda Rasulullah Shallallahu `alaihi wa sallam serta Para Sahabat-sahabat Baginda Rasulullah Shallallahu `alaihi wa sallam  dan juga Ahli Keluarga Baginda Rasulullah Shallallahu `alaihi wa sallam .

Semoga sahabat-sahabat semua di dalam naungan rahmat Illahi. Ameen ALLAHumma Ameen.

R16Feb12-Kesyukuran_Membawa_Ketenangan

Tajuk Khutbah Jumaat hari ini adalah “Kesyukuran Membawa Ketenangan”.

  • Khutbah minggu ini ingin berkongsi mengenai sifat kesyukuran. Selain daripada memberikan seorang insan dorongan dan inspirasi luar biasa untuk melakukan kebaikan dan kebajikan, sifat syukur juga pada hakikatnya boleh menimbulkan dalam diri kita ini ketenangan dan kedamaian. Dalam kita bersyukur, kita perlu selalu menghitung dan memikirkan nikmat yang telah ALLAH anugerahkan kepada kita. Bahkan setiap kali kita merasa hampa mahupun putus semangat, ingat semula segala kenikmatan yang telah dan masih ALLAH kurniakan.
  • Seharusnya, kesyukuran itu bermula dengan kita menyebut-nyebut nikmat tersebut dalam diri sendiri. Dengan harapan agar dapat timbul di dalam diri kita bukan hanya perasaan syukur tetapi juga perasaan “Qana’ah” atau merasakan puas dan cukup dengan apa yang ada. Terlalu sering, oleh kerana kita tidak merasakan kepuasan akan perkara material dunia yang sudah kita miliki, maka timbul perasaan tidak tenang.
  • Oleh itu, bermula hari ini, renungkan semula segala nikmat yang ALLAH telah berikan kepada kita. Antara nikmat yang perlu kita hargai selalu adalah keluarga yang masih ada bersama kita. Hargailah pasangan dan anak-anak kita selagi masih ada peluang kita bersama. Pandanglah wajah mereka, perhatikan gelagat mereka, ingatlah bagaimana mereka pernah suatu ketika, atau mungkin masih lagi membawa tawa dan keriangan ke dalam hidup kita. Itulah nikmat ALLAH yang kita kadang-kala terlepas mensyukurinya

 

Masya ALLAH. Semoga bermanfaat buat diri kita.

ALLAHUMMA SOLI ALA SAIDINA MUHAMMAD Shallallahu `alaihi wa sallam WA’ALA ALI SAIDINA MUHAMMAD Shallallahu `alaihi wa sallam.

Salam Sayang

 

~Nani~

 

 

 

 

Takeaway from Shaykh Aslam sharing session in Sg

11 Feb

Bismillahirrahmanirrahim. 
Over supper, we sat down and discuss one or two takeaways of the sharing session with Shaykh Aslam. 
In his opening of the Women in Al-Quran, Faith in Adversity, he shared the following :- 

“ALLAH revealed the Al-Quran directly to the Prophet Muhammad SAW’s heart and the Prophet SAW would repeat what Jibril a.s said to him. 

For the Prophet SAW, when he recites the Al-quran, it is from his heart to his tongue. Such purity. SubhanALLAH! 

This is opposite from us. ”

My question to her :- “What do you think is the reason for the difference?”
“Mummy, it means that the Prophet Muhammad SAW is a very special person. He is not like any of us.” 

 Masya ALLAH! Sollu alan Nabiy! small surely steps. insya ALLAH. 💟

Picture of Masjid Nabawi taken from Shaykh Aslam’s facebook. May ALLAH keep Shaykh Aslam in HIS rahma’ at all times. Ameen.
  

Khutbah Jumaat 26 Rabiulakhir 1437H / 5 Feb 2016

10 Feb

Bismillah, bacalah dengan nama Tuhan yang menjadikan! [Surah al-Alaq 96:1]

Alhamdulillah wa syukirillah. Was salatu wassalamu ‘ala Rasoolillah Shallallahu `alaihi wa sallam. Amma ba’d.

Segala puji dan puja adalah milik ALLAH Azza wa Jalla [yang Maha Perkasa lagi Mulia].

Selawat Dan Salam Kepada Junjungan Baginda Rasulullah Shallallahu `alaihi wa sallam serta

Para Sahabat-sahabat Baginda Rasulullah Shallallahu `alaihi wa sallam  dan juga Ahli Keluarga Baginda Rasulullah Shallallahu `alaihi wa sallam .

Semoga sahabat-sahabat semua di dalam naungan rahmat Illahi. Ameen ALLAHumma Ameen.

Tajuk Khutbah Jumaat hari ini adalah “Menjiwai Erti Kesyukuran Sebenar”.

R16Feb05-Menjiwai-Erti-Kesyukuran-Sebenar

  • Perkataan “Alhamdulillah” selalu kita sebutkan. Ia mengingatkan kita akan konsep kesyukuran dan penghargaan kepada Tuhan yang Maha Pemberi. Hanya sahaja kerana mungkin kerana terlalu sering kita melafazkannya, ada kalanya kita gagal menyadari betapa pentingnya konsep kesyukuran dalam membangun semangat dan potensi dalam diri kita.
  • Nilai inilah saudara, yang telah memberikan Rasulullah s.a.w. dorongan dan semangat untuk melaksanakan solat malam sehingga kakinya bengkak. Nilai inilah yang telah membangkitkan dalam diri Nabi Muhammad s.a.w. kekuatan azam untuk melakukan munajat yang luar biasa. Walaupun Nabi s.a.w. telah dijanjikan Allah syurga dan segala keistimewaan di akhirat. Inilah maqam orang-orang yang istimewa di sisi Allah. Ternyata ibadah mereka bukanlah kerana terpaksa melakukannya. Bukan juga semata-mata kerana menginginkan tempat yang istimewa. Kerana jika itu tujuannya maka mereka akan berhenti jika telah diberikan jaminan. Akan tetapi mereka beribadah kerana didorong perasaan amat bersyukur atas segala nikmat Allah s.w.t.
  • Sikap sedemikian yang perlu kita bangunkan. Kita bukan melakukannya hanya semata-mata memenuhi kewajipan. Akan tetapi sujud kita adalah kerana rasa syukur dan terima kasih kita kepada Allah atas nikmat kesihatan, nikmat masih mempunyai keluarga, nikmat masih lagi beriman kepada Allah, nikmat masih lagi dikurniakan Allah sesuap rezki. Inilah serba sedikit pengenalan kepada nilai kesyukuran yang dikembangkan sepanjang bulan ini. semoga Allah menjadikan kita orang-orang yang bersyukur keranaNya dan untukNya

Masya ALLAH. Khutbah hari ini penuh dengan pesanan serta hikmah. Semoga bermanfaat buat diri kita.

Semoga ALLAH menjadikan kita orang-orang yang bersyukur keranaNYA dan untukNYA. Semoga ALLAH menggolongkan kita di kalangan ahli syurga yang memujiNYA sentiasa. Amin Ya Rabbal ‘Alamin.

The rise and call of Muhammad SAW 

Nani sertakan satu video dalam bahasa English – utk kita lebih berkenalan dengan Baginda Rasulullah SAW lantas bersyukur menjadi umatnya dan bersyukur dengan nikmat Islam yang ALLAH beri pada kita.

ALLAHUMMA SOLI ALA SAIDINA MUHAMMAD Shallallahu `alaihi wa sallam WA’ALA ALI SAIDINA MUHAMMAD Shallallahu `alaihi wa sallam.

 

Salam Sayang

~Nani~

 

 

 

 

Majlis Maulid & Haul di Singapura Jan-Feb 2016

30 Jan

  

Khutbah Jumaat 19 Rabiulakhir 1437H / 29 Jan 2016

29 Jan

Bismillah, bacalah dengan nama Tuhan yang menjadikan! [Surah al-Alaq 96:1]

Alhamdulillah wa syukirillah. Was salatu wassalamu ‘ala Rasoolillah Shallallahu `alaihi wa sallam. Amma ba’d.

Segala puji dan puja adalah milik ALLAH Azza wa Jalla [yang Maha Perkasa lagi Mulia]. Selawat Dan Salam Kepada Junjungan Baginda Rasulullah Shallallahu `alaihi wa sallam serta

Para Sahabat-sahabat Baginda Rasulullah Shallallahu `alaihi wa sallam  dan juga Ahli Keluarga Baginda Rasulullah Shallallahu `alaihi wa sallam .

Semoga sahabat-sahabat semua di dalam naungan rahmat Illahi. Ameen ALLAHumma Ameen.

R16Jan29-Nilai-Nilai_Mulia_Sebagai_Benteng_Diri

Tajuk Khutbah Jumaat hari ini adalah Nilai-Nilai Mulia Sebagai Benteng Diri.

  • Sepanjang bulan ini, kita telah dibentangkan tentang nilai kemaafan. Marilah kita benar-benar menghayati nilai-nilai murni yang diajarkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Kita harus menjadikan nilai-nilai ini dasar dan asas kehidupan keagamaan kita, dengan harapan agar kita dapat memupuk jiwa yang dapat mengawal dan menundukkan hawa nafsu dan emosi; jiwa yang cinta kepada kesejahteraan serta menghargai keamanan hubungan sesama manusia.
  • Apabila kemaafan dan keihsanan hilang, sifat kekerasan yang akan bermaharajalela. Apabila kekerasan mula berakar di dalam jiwa, maka diri kita juga akan lebih cenderung kepada kebencian. Dan apabila kebencian pula tertanam di dalam sanubari, maka kita akan lebih suka mengasingkan diri dan menolak kepelbagaian. Bila ini berlaku, mudah sahaja ideologi-ideologi keganasan menyerap masuk.
  • Jika hari ini, banyak peristiwa yang telah merubah tanggapan manusia terhadap agama kita, maka tanggungjawab kita semakin besar untuk memurnikan imej agama. Tanggungjawab kita semakin berat untuk memastikan tidak ada anasir-anasir jahat yang dapat menghancurkan masyarakat. Peranan kita yang amat penting sekali kini adalah untuk terus menjadi pemelihara keamanan dan kemakmuran.

 

Apakah nilai-nilai mulia di dalam segi Islam? Siapakah yang mempunya nilai-nilai ini tersebut? Sudah tentu, Baginda Rasulullah Shallallahu `alaihi wa sallam .

Tetapi sudah kah kita tanya pada diri kita, kenal ker kita dengan Baginda Rasulullah Shallallahu `alaihi wa sallam?

Hari Ahad lalu, di dalam satu majlis, Ustaz Farid Ravi berkongsi bahawa kaum Israel menolak ajaran Nabi Musa a.s. kerana mereka tidak kenal dengan nabi mereka.

Apakah kita kenal dengan Baginda Rasulullah Shallallahu `alaihi wa sallam?

Dan soalan yang pernah nani tanya pada diri Nani sendiri “Apakah kita kenal dengan Tuhan kita?”

Nani kongsikan satu kisah mengenai buah limau untuk sama-sama kita berkenalan dengan Baginda Rasulullah Shallallahu `alaihi wa sallam.

Kisah ini adalah di antara kisah yang paling tersentuh diri ini.

Kisah limau

Dan Nani kongsikan satu video youtube untuk dijadikan landasan untuk kita kenalkan Tuhan kita.

https://www.youtube.com/watch?v=Gg6ygHdKzUI

Bertakwalah kita kepada Allah s.w.t. Teruskanlah mengabdikan diri kepadaNya dengan melaksanakan segala perintahNYA dan menjauhi segala tegahanNYA. Hiasilah kehidupan kita dengan nilai-nilai murni yang diajarkan Islam. Semoga Allah s.w.t. menerima dan sentiasa mengampunkan kita semua.

أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلَهَ إِلَّا الله

وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَّسُوْلُالله

Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan ALLAH dan Nabi Muhammad itu pesuruh ALLAH.

ALLAHUMMA SOLI ALA SAIDINA MUHAMMAD Shallallahu `alaihi wa sallam WA’ALA ALI SAIDINA MUHAMMAD Shallallahu `alaihi wa sallam.

Salam Sayang

~Nani~

 

 

 

 

Khutbah Jumaat 12 Rabiulakhir 1437H / 22 Jan 2016

22 Jan

Bismillah, bacalah dengan nama Tuhan yang menjadikan! [Surah al-Alaq 96:1]

Alhamdulillah wa syukirillah. Was salatu wassalamu ‘ala Rasoolillah Shallallahu `alaihi wa sallam. Amma ba’d.

Segala puji dan puja adalah milik ALLAH Azza wa Jalla [yang Maha Perkasa lagi Mulia].
Selawat Dan Salam Kepada Junjungan Baginda Rasulullah Shallallahu `alaihi wa sallam serta
Para Sahabat-sahabat Baginda Rasulullah Shallallahu `alaihi wa sallam dan juga Ahli Keluarga Baginda Rasulullah Shallallahu `alaihi wa sallam .

Semoga sahabat-sahabat semua di dalam naungan rahmat Illahi. Ameen ALLAHumma Ameen.

R16Jan22-Nilai_Kemaafan_dan_Syariat_Islam
Tajuk Khutbah Jumaat hari ini adalah “Nilai Kemaafan dan Syariat Islam”.

• Kita masih lagi membincangkan nilai kemaafan. Seperti yang telah dibincangkan pada khutbah-khutbah yang lalu, sikap maaf berkait rapat dengan nilai keihsanan. Keihsanan pula mendatangkan kecemerlangan. Perjalanan kita sebagai seorang Muslim adalah untuk cuba sedaya upaya menjadi insan yang cemerlang. Insan yang menghidupkan nilai-nilai mulia pada dirinya. Adakah kita telah berjaya menghayati nilai kemaafan di dalam kehidupan?

• Kemaafan juga adalah pendekatan yang dianjurkan Islam di dalam menangani isu-isu masyarakat. Maka Islam sangat jauh sekali dari sebarang bentuk kekerasan. Ingatlah saudara, kekerasan luaran, yang sering lahir dalam bentuk kekasaran budi pekerti dan tindakan, apatah lagi keganasan dan penumpahan darah, adalah pancaran dari kekerasan dalaman.

• Inilah di antara cabaran yang kita sedang lalui sebagai masyarakat Islam. Marilah kita kembali kepada nilai-nilai yang diajarkan oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Saya sertakan sebuah ceramah dari Habib Ali Zainal Abidin mengenai hati.
Semoga dirinya serta ahli keluarganya sentiasa berada di naungan rahmat ALLAH SWT.

ALLAHUMMA SOLI ALA SAIDINA MUHAMMAD SHALLALLAHU `ALAIHI WA SALLAM WA’ALA ALI SAIDINA MUHAMMAD SHALLALLAHU `ALAIHI WA SALLAM.

Salam Sayang

~Nani~