Tag Archives: Ustazah Halimah al-aydrus

Khutbah Jumaat 23 Rabiulakhir 1436H / 13 Feb 2015

13 Feb

Bismillah, bacalah dengan nama Tuhan yang menjadikan! [Surah al-Alaq 96:1]

Assalammualaikum sahabat-sahabat yang dirahmati ALLAH subhanahu wa ta’ala.

Segala puji dan puja adalah milik ALLAH Azza wa Jalla [yang maha Perkasa lagi Mulia].

Selawat Dan Salam Kepada Junjungan Baginda Rasulullah Shallallahu `alaihi wa sallam. Serta Para Sahabat-sahabat Baginda Rasulullah Shallallahu `alaihi wa sallam Dan juga Ahli Keluarga Baginda Rasulullah Shallallahu `alaihi wa sallam  .

Semoga sahabat-sahabat semua di dalam naungan rahmat Illahi.

R15Feb13 – Wasatiyyah – Membentuk Minda Pemikiran yang Saksama

Tajuk Khutbah Jumaat hari ini adalah “Wasatiyyah – Membentuk Minda Pemikiran yang Saksama.

Khutbah hari ini  membuat saya mengimbas perjalanan hijrah saya selama hampir empat tahun ini.

Yeah! Sudah hampir 4 tahun saya berhijrah ke arah kebaikan. Banyak imbasan yang saya lakukan kebelakangan ini.

Semoga semuanya bermanfaat dan mendapat keredhaan ALLAH  subhanahu wa ta’ala. Ameen.

Coretan ini saya baca pagi tadi. Dari Imam A Ghazali.

Yang singkat itu – “waktu”

Yang menipu itu – “dunia”

Yang dekat itu – “kematian”

Yang besar itu – “hawa nafsu”

Yang berat itu – “amanah”

Yang sulit itu – “ikhlas”

Yang mudah itu – “berbuat dosa”

Yang susah itu – “sabar”

Yang lupa itu – “bersyukur”

Yang membakar amal itu – “mengumpat”

Yang ke neraka itu – “lidah”

Yang berharga itu – “iman”

Yang mententeramkan hati itu – “teman sejati”

Yang ditunggu ALLAH subhanahu wa ta’ala itu – “taubat”

Semoga kita dijauhkan ALLAH dari segala fitnah serta meraih segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Amin Ya Rabbal Alamin.

ALLAHUMMA SOLI ALA SAIDINA MUHAMMAD Shallallahu `alaihi wa sallam WA’ALA ALI SAIDINA MUHAMMAD Shallallahu `alaihi wa sallam.

 

Salam Sayang

~Nani~

Ada nama Allah dalam tiap ciptaan, ada keagungan-Nya dalam tiap kejadian.

Kita hanya perlu teliti, melihatnya dgn hati. – Ustazah Halimah al-Aydrus

Ustazah Hubabah Halimah Alaydrus -‘Bidadari Bumi’

2 Apr

Ustazah Hubabah Halimah Alaydrus -‘Bidadari Bumi’

Khutbah Jumaat 27 Zulhijjah 1434H / 1 Nov 2013

31 Oct

Bismillah, bacalah dengan nama Tuhan yang menjadikan! [Surah al-Alaq 96:1]

Assalammualaikum sahabat-sahabat yang dirahmati ALLAH swt.
Semoga sahabat-sahabat semua di dalam naungan rahmat Illahi.

Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah!
Kita bakal bertemu dengan penghulu hari iaitu Hari Jumaat, Insya ALLAH.

Khutbah Jumaat minggu ini adalah mengenai “Peranan keluarga di dalam kehidupan insan.”

http://www.muis.gov.sg/cms/uploadedFiles/MuisGovSG/Khutbah/E13Nov1%20-%20The%20Role%20Of%20Family%20In%20The%20Life%20Of%20An%20Insan.pdf (in english)

http://www.muis.gov.sg/cms/uploadedFiles/MuisGovSG/Khutbah/R13Nov1%20-%20Peranan%20keluarga%20di%20dalam%20kehidupan%20insan.pdf (in Malay)

Dan Nani kongsikan satu puisi dari seorang ustazah yang amat Nani hormati, Ustazah Halimah al-Aydrus.

Kamukah orangnya itu?
Yang apabila ditanya :

“Apa saja kegiatanmu sekarang?”

Dia akan menjawab :

“Aku sedang sibuk benahi hati,
koreksi nurani,
meletakkan sesuatu sesuai posisi,
dan membuang yang tidak penting sama sekali”

Atau

“Aku sedang menata langkah,
perbaiki tingkah,
agar tak lagi jatuh ke lubang salah”

Atau

“Aku sedang merunduk dalam,
terpekur sujud,
mengangkat tengadah doa
mencari-cari cinta-Nya”

Jika kamu adalah dia itu,
kuucap “SELAMAT” tak terbilang
sebab berarti kamu telah masuk
dalam kotak “HAMBA YANG DIINGINKAN”
oleh Allah Sang Tuhan.

Semoga Allah s.w.t memberkati kehidupan kita sekeluarga dan mengurniakan sakinah di dunia dan kebahagiaan abadi
di akhirat kelak. Aamin ya Rabbal ‘Aalami.

Selamat Menyambut Maal HIjrah 1435H! Semoga hari-hari kalian di dalam tahun baru yang akan bakal menjelang akan dipenuhi dengan ketaatan pada ALLAH swt.

Sollu Alan Nabiy (Allahumma soli ala Muhammaddin wa’ala ali Muhammad SAW)

Salam Sayang
~Nani~

“Jadilah seperti yang ALLAH mahu dan DIA akan memberikan apa yang kamu mahu. “