Archive | January, 2013

Khutbah Jumaat 25 January 2013 / 13 Rabiulawal 1434H

25 Jan

Bismillahirrahmanirrahim, Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Assalammualaikum sahabat-sahabat yang dirahmati ALLAH swt. Jumaa Mubarak!

 

Mari kita panjatkan rasa bersyukur kita kepada ALLAH kerana dengan limpah kurniaanNYA dan rahmatNYA yang Maha luas,

Kita masih diberi kesempatan untuk kembali kepada jalan menuju kepadaNYA.

ALLAH sentiasa menunggu kita, hambaNYA, untuk kembali kepadaNYA, dengan penyerahan yang sempurna.

Alhamdulilah Alhamdulilah Alhamdulilah. La Hawla Wala Kuwatta Ila Billah!

 

Khutbah hari in adalah mengenai “Pengajaran Dari Sunnah Rasulullah s.a.w. Dalam Membangunkan Kepemimpinan Ummah.”    

Suka sekali dengan isi kandungan khutbah hari ini. Ada beberapa pelajaran baru yang Nani pelajari. Alhamdulilah.

Bahasa Melayu,  http://www.muis.gov.sg/cms/uploadedFiles/MuisGovSG/Khutbah/J13Jan25%20-%20Konsultatif.doc

In English, http://www.muis.gov.sg/cms/uploadedFiles/MuisGovSG/Khutbah/E13Jan25%20-%20Consultative.doc

 

Suka juga Nani berkongsi dengan puisi ini yang dibaca oleh Ustazah Halimah al – Aydrus. Semoga bermanfaat.

Puisi nya Nani copy and paste dari utube link.

 Perempuan

Duhai..
Siapakah kau ini.. ??
Jika jadi anak, ia adalah bidadari kecil ayah bunda
Permata yang siang malam dijaga keduanya
Jika jadi pasangan, ia adalah kesenangan terindah
Surga untuk pasangannya di dunia.
Jika jadi orang tua, waaaaah..
Surga itu telah berpindah di telapak kakinya
Ia bawa kemana-mana.
Nabi pun membilangnya sebagai tiang
Tatkala kehidupan adalah bangunan.

Ya, engkaulah tiang itu.
Engkaulah perempuan.
“Perempuan adalah tiang negara.
Jika perempuan baik, baiklah negaranya.
Jika perempuan rusak, hancurlah negaranya”

Engkaulah tiang dalam bangunan rumah tanggamu
Engkau sandaran bagi dinding, pintu, atap dan jendela
Nabi selalu benar memilih istilah kata
Karena di rumahmu semua urusan kepadamu bertumpu.
Maka, sebagai tiang kau harus kuat tak tergoyahkan
Sebagai sandaran kokohmu adalah karang di lautan
Tidak rentan diterjang angin dan badai

“tapi aku tak sekuat itu…”, katamu..
“aku tak berdaya menghadapi kebrutalan dunia ini”
“zaman semakin menggerusku, bebannya melumatku hingga luluh”
“aku begitu lemah, aku tertindas, aku teraniaya..”, katamu pula

Tunggu, wahai perempuan..
Kau lupa..
Ada ALLAH dalam hidupmu
Yang siap Menanggung segala keluh
Ada ALLAH dalam harimu,
Sumber kekuatan yang penuh
Ada ALLAH dalam hatimu,
Jika kau serahkan padaNYA segala sesuatu
Ia akan Menjaganya hingga utuh..

Maka..
Dalam tiap gerimis kesedihan
Hanyutkan dirimu dalam dzikir panjang malammu

Dalam tiap kerikil tajam di jalanan
Benamkan wajahmu dalam sujud kepasrahan

Dalam tiap duka yang menyapa
Hanyutkan air matamu dalam sungai KasihNYA

Dalam tiap nestapa
Larutkan pahit air matamu dalam manis CintaNYA

Dan dalam tiap kelabu langitmu..
Panggillah NamaNYA..
ALLAH.. ALLAH..
Dan tunggulah..
Hingga Ia Merubah mendungmu menjadi pelangi warna-warni..

– Ustazah Halimah al-`Aydrus

  

Jadilah seperti yang ALLAH mahu, maka engkau akan mendapati DIA memberi semua yang kamu mau! – Ustazah Halimah al Aydrus.

 ALLAHU AKBAR!

 Salam Sayang

 ~Nani~

Khutbah Jumaat – 18 January 2013 / 6 Rabiulawal 1434H

18 Jan

Bismillahirrahmanirrahim, Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Assalammualaikum sahabat-sahabat yang dirahmati ALLAH swt. Jumaa Mubarak!

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,

Tiada yang lebih mulia selain dari kita menjadikan keperibadian terpuji Rasulullah s.a.w. sebagai teladan dalam kehidupan kita.
Tidak yang lebih indah, selain kita mencontohi akhlak Nabi bersama Allah s.w.t. dalam beribadah dengan-Nya. Dan tiada yang lebih sukar,
selain kita mencontohi pekerti Rasulullah s.a.w. dalam berhubungan antara sesama manusia.
Tiada perasaan hasad atau dengki, tiada juga celaan pada saudara kita, tiada juga prasangka yang buruk antara saudara seinsan kita.
Malah tidak timbul juga perasaan dendam, bahkan kita dididik untuk bersikap pemaaf dengan sesiapa sahaja yang pernah memusuhi diri kita.
Maka tiadalah dapat kita lakukan segala ini kecuali dengan takwa.
Maka bertakwalah kita pada Allah, laksanakan segala perintah-Nya, dan tinggalkan pula segala larangan-Nya.

Ini adalah permulaan khutbah Jumaat hari ini.
Suka sekali untuk dikongsi juga dengan sahabat-sahabat.

Khutbah Jumaat hari ini adalah mengenai Akhlak Terpuji Baginda SAW.

http://www.muis.gov.sg/cms/uploadedFiles/MuisGovSG/Khutbah/R13Jan18%20-%20Akhlak%20Terpuji.doc [bahasa Melayu]

http://www.muis.gov.sg/cms/uploadedFiles/MuisGovSG/Khutbah/E13Jan18%20-%20Akhlak%20Terpuji.doc [in English]

 

Alhamdulilah, semalam seorang sahabat berkongsi video ini dengan Nani.
Terharu sekali mendengar penjelasan Habib yang sangat menyentuh hati.

Allahumma soli ala Saidina Muhammad SAW wa’ala ali Saidina Muhammad SAW!

Jika engkau tidak tahu cintanya, jangan kau salahkan cintaku!

Salam Sayang

~Nani~

Friday Sermon for 11 January 2013 / 28 Safar 1434H

11 Jan

Bismillahirrahmanirrahim, Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Assalammualaikum sahabat-sahabat yang dirahmati ALLAH swt. Jumaa Mubarak!

Mari kita panjatkan rasa bersyukur kita kepada ALLAH kerana dengan limpah kurniaanNYA dan rahmatNYA yang Maha luas, Kita masih diberi kesempatan untuk kembali kepada jalan menuju kepadaNYA.
ALLAH sentiasa menunggu kita, hambaNYA, untuk kembali kepadaNYA, dengan penyerahan yang sempurna.

Alhamdulilah Alhamdulilah Alhamdulilah.

Sebagai persambungan Khutbah minggu lepas, khutbah Jumaat hari ini adalah mengenai “Pengajaran Terpuji Dari Sikap Ketabahan Dan Kecekalan Rasulullah s.a.w.”. http://www.muis.gov.sg/cms/uploadedFiles/MuisGovSG/Khutbah/R13Jan11%20-%20Ketabahan%20Nabi.doc

[For the benefit of English readers :  http://www.muis.gov.sg/cms/uploadedFiles/MuisGovSG/Khutbah/E13Jan11%20-%20Ketabahan%20Nabi.doc)

Ada beberapa pengajaran yang dibentangkan melalui dua perkara ini di dalam khutbah hari ini.

Pertama, Rasulullah s.a.w. menggantungkan pengharapan dan keredhaannya kepada Allah s.w.t. dan mendidik diri bahawa apa yang berlaku adalah atas kebijaksanaan Allah.

Kedua, Rasulullah s.a.w. selalu bersikap optimistik dan bersangka baik.

Allahumma soli ala Saidina Muhammad SAW wa’ala ali Saidina Muhammad SAW!

Setiap kali mendengar Sirah Baginda, hati menjadi sayu.
Sayu kerana mengenangkan kisah yang dikongsi oleh Ustaz TM Fouzy dalam majlis maulid pertama yang Nani hadiri.
Sayu mengenangkan kasih, sayang dan rindunya Baginda pada kita, umatnya.

Untuk pengetahuan bersama, mulai esok ada beberapa majlis Maulid ada diadakan di sekitar Singapura sempena ketibaan bulan RabiuAwal, bulan kelahiran Rasulullah SAW.

Untuk sahabat-sahabat yang mempunyai Iphone, boleh cari app “This is Mohammad” dan membaca Sirah Rasulullah SAW. App-nya percuma. 🙂

Dan saya suka sekali berkongsi dengan video ini yang menonjolkan Habib Syech di-interview ketika maulid di KL beberapa bulan yang lalu. Saya suka sekali kata-kata Habib. Luar biasa! 🙂

Semoga cinta yang ada ini untuk Rasulullah SAW ini membangkitkan motivasi untuk “copy and paste” segala keperibadian Rasulullah SAW yang mulia ini.
Dan semoga nanti di padang masyar, kita semua akan berada bersama Rasulullah SAW di bawah khemah “Umat baginda Rasulullah SAW”.

Insya ALLAH.

Salam Sayang

~Nani~

Khutbah Jumaat – 4 January 2013 / 21 Safar 1434H

4 Jan

Bismillahirrahmanirrahim, Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Assalammualaikum sahabat-sahabat yang dirahmati ALLAH swt. Jumaa Mubarak!

Mari kita panjatkan rasa bersyukur kita kepada ALLAH kerana dengan limpah kurniaanNYA dan rahmatNYA yang Maha luas, Kita masih diberi kesempatan untuk kembali kepada jalan menuju kepadaNYA.
ALLAH sentiasa menunggu kita, hambaNYA, untuk kembali kepadaNYA, dengan penyerahan yang sempurna.

Alhamdulilah Alhamdulilah Alhamdulilah.

Salah satu rahmat dari ALLAH yang tidak terhingga ialah ALLAH telah memberikan kita, Rasulullah SAW dan
khutbah Jumaat hari ini adalah mengenai “Inspirasi Unggul Dari Keperibadian Rasulullah s.a.w”.

http://www.muis.gov.sg/cms/uploadedFiles/MuisGovSG/Khutbah/R13Jan04%20-%20Keperluan%20Mengenali%20Nabi%20s.a.w..doc

Ada dua perkara yang dibincangkan mengenai tajuk ini di dalam khutbah hari ini.
Pertama, Rasulullah s.a.w. merupakan contoh terulung dalam keperibadian akhlak yang terpuji.
Kedua, dengan mengenali adab Rasulullah s.a.w. kita dapat memahami bagaimana menterjemahkan ajaran Al-Quran ke dalam kehidupan seharian.

Jadi teringat saya dengan artikel yang saya kongsi minggu lepas!  Indahnya aturanNYA – SubahanALLAH, Maha Suci ALLAH..

Allahumma soli ala Saidina Muhammad SAW wa’ala ali Saidina Muhammad SAW!

Dan minggu ini saya ingin berkongsi 3 video dari Tanyalah ustaz “Maaf, ikhlas atau terpaksa?”

http://youtu.be/5flWPwZIH7k – Bahagian 1

http://youtu.be/y597dh8zgSo – Bahagian 2

http://youtu.be/EFbpAm3OQ2Q – Bahagian 3

Salah satu sifat Baginda ialah sifat pemaaf!

Semoga cinta yang ada ini untuk Rasulullah SAW ini membangkitkan motivasi untuk “copy and paste” segala keperibadian Rasulullah SAW yang mulia ini.

Dan semoga nanti di padang masyar, kita semua akan berada bersama Rasulullah SAW di bawah khemah “Umat baginda Rasulullah SAW”.

Insya ALLAH.

Salam Sayang
~Nani~

574826_10151250835003612_787971488_n

jangan-ditanya-kenapa – artikel iluvislam.

3 Jan

http://www.iluvislam.com/inspirasi/sinar-hidayah/5061-jangan-ditanya-kenapa.html

Dulu, aku hanya wanita biasa yang sering melakukan dosa, sibuk dengan hal duniawi. Jarang sekali aku memikirkan hal akhirat. Sampai satu ketika, hidayah itu datang. Alhamdulillah kerana Allah memilih diriku untuk ke arahNya.

Di penjuru usia, aku menangisi akan semua dosa yang telah ku lakukan. Aku cuba bangkit untuk melakukan perubahan. Aku mula lakukan perubahan sedikit demi sedikit. Sudah pasti apabila seseorang itu melakukan penghijrahan, dugaan akan datang. Aku akur. Orang sekeliling akan sedikit merasa pelik dengan perubahan yang ada.

“Kenapa engkau berubah..”

“kenapa alim sangat sekarang…”

“Kenapa itu dan kenapa begini? ”

Pelbagai persoalan dan respons yang akan telah ku terima. Pada kawan-kawan yang memahami, mereka hanya tersenyum dan mendoakan dalam hati. Tapi pada mereka yang seakan kurang puas hati, mereka mula mempersoalkan.

Pada mulanya aku selalu terfikir, bagaimana untuk aku hadapi mereka? Sememangnya keadaan itu mulanya sedikit melemahkan aku. Aku sering menangis. Pada Allah aku luahkan. Aku mohon hati aku dikuatkan dan mohon aku istiqamah dalam melakukan perubahan. Alhamdulillah, tidak lama kemudian mereka semua senyap seolah-olah dapat menerima perubahan diri aku.

Sahabat-sahabatku, inginku suarakan rasa hati ini. ”Jangan ditanya kenapa aku berubah, tetapi tanyakanlah pada diri mengapa kita perlu berubah”. Manusia akan berubah bila–bila masa saja dan mereka berubah kerana untuk mendapat redha Allah. Apabila seseorang itu ingin berubah, berilah semangat kepada mereka.

Walaupun mungkin kita bukanlah muslimah yang sempurna, tapi sekurang-kurangnya setiap pertanyaan dan reaksi kita jangan sampai melemahkan orang yang ingin berubah. Perubahan itu perlu dilakukan, bukan kerana suka-suka, tapi kerana Allah. Kalau dulu kita mungkin kurang baik, kita boleh berubah untuk jadi yang lebih baik.

Adalah lebih baik kita mendoakan sahabat yang ingin berhijrah dari kita mempersoalkan perubahan itu. Dan jika kita mempersoalkan perubahan seseorang itu ibarat kita mempersoalkan kepada Allah. Satu hari nanti, kalian yang lain pun akan berubah dengan izin Allah.

Berusaha lah untuk mencari hidayah Allah dan sentiasa bersangka baik kepada orang lain. InsyaAllah, nikmat berhijrah pasti dirasai. Yang bertudung pendek akan rasa selamat bila bertudung lebih sempurna tanpa memperlihatkan bayangan leher dan rambut. Yang meninggalkan solat akan rasa tenang bila melakukan solat, dan yang mengabaikan al-quran dan sunnah akan terasa dekat dengan Allah dan rasul bila membaca dan memahami.

InsyaAllah, kepada rakan-rakan di luar sana yang sentiasa menyokong terima kasih diucapkan, hanya Allah saja yang dapat balas jasa kalian. Berubahlah selagi ada masa dan berubahlah dengan hati yang ikhlas kerana Allah.

– Artikel iluvislam.com