Tag Archives: bersangka baik

Kita ni terlalu banyak sangkaan…..

4 Mar

Bismillahirrahmanirrahim.

“Antara sebab amalan binasa dan menjadi sia-sia adalah kerana banyaknya sangkaan. Dan sangkaan itu pula lazimnya banyak yang buruk daripada yang baik. Ini apa yang saya dapat daripada kuliah maghrib semalam.

Begitulah Ustaz, kita tidak akan lari daripada sangkaan. Sama ada sangkaan orang terhadap kita mahu pun sangkaan kita kepada orang lain. Semoga ALLAH pelihara kita daripada sangkaan-sangkaan itu….wallahu a’lam.”

Hasil dari membaca komen seseorang dari beribu komen-komen dalam satu posting di FB. Sangat terkesan. Semoga sentiasa menjadi pesanan buat diri ini.

Agama Islam mengalakkan bersangka baik sesama manusia. Kalau kita lihat kejahatan yang dipamerkan, mungkin ada 1001 kebaikan yang dia ada tersembunyi dari mata kita. Tidak senang untuk bersangka baik. Semoga ALLAH swt memudahkan mujahadah ini. Ameen ALLAHumma Ameen.