Archive | August, 2012
Image

Alhamdulilah for their presence!

31 Aug

20120831-204339.jpg

Image

Jadual Qiyam di Masjid istighfar

8 Aug

20120808-195601.jpg

Insya ALLAH. Byk pilihan, semoga ALLAH memudahkan, insya ALLAH.

Alhamdulilah, 13 tahun bersamamu….

8 Aug

Bismillahirrahmannirrahim.

Assalammualaikum sahabatx2 sekalian. Semoga kalian sentiasa di bawah naungan rahmat ALLAH swt. Alhamdulilah hari ini kita sudah masuk ke 19 Ramadhan, bermaknanya hampir ke 10 hari terakhir Ramadhan. 10 hari terakhir ini terdapat satu malam yang berharga, iaitu malam Lailatul Qadar, malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Masya ALLAH!

Ya ALLAH, pandanglah kami dengan belas dan kasihan, berikan lah kami peluang untuk berjumpa dengan malam Lailatul Qadar. Bantulah kami dengan memberi kami kesihatan yang baik serta tenaga agar dapat kami terus beristiqamah beribadah untuk bertemu dengan malam yang penuh barakah itu. Ya ALLAH, tiada daya kami tanya izinMU! Perkenankanlah doa kami ini Ya ALLAH!

Hari ini, genaplah 13 tahun kami memulakan hidup sebagai suami isteri yang sah. Alhamdulilah. Segala pujian bagi ALLAH swt di atas nikmat ini dan semoga kami tidak kufur dengan nikmat yang ALLAH berikan ini. Insya ALLAH.

Tadi masa dalam perjalanan ke kerja saya membaca Surah Al-Furqan dan ayat 74 menjadi begitu istimewa buat diri ini. ALLAH swt berfirman dalam ayat ini;

Bismillahirrahmannirrahim

“Dan orang yang berdoa “Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang yang bertakwa.”

Semoga ALLAH redha dan restui perkahwinan ini dan semoga ALLAH jadikan suami saya sebagai satu-satunya suami buat diri ini dan saya satu-satunya isteri buat dirinya juga hingga ke akhir hayat. Amin ya rabbal alamin.

Alhamdulilah, tadi saya google dan terjumpa dua link ini dan saya rasakan sangat bermanfaat untuk dikongsikan. Ya ALLAH berilah kami kefahaman dengan setiap yang kami baca dan berikan lah kami ilmu yang bermanfaat! Amin ya rabbal alamin.

http://kelbaniilham.wordpress.com/2011/08/10/visi-rumah-tangga-muslim-dalam-surat-al-furqan-ayat-74/

http://ambo21.blogspot.sg/2010/09/lelaki-soleh-dan-wanita-solehah-dan-aku.html

 

Image

Step Towards Happiness!

2 Aug

20120802-084707.jpg

Bismillahhirrahmannirrahim! Constantly reminded by this poster i saw at Masjid Istighfar!
Taking those baby steps, insya ALLAH.

12 Ramadhan 1433H

1 Aug

Bismillahhirrahmannirrahim. Assalammualaikum.

Alhamdulilah, kita dah masuk ke 12 Ramadhan, bermaknanya kita dah masuk ke pertengahan bulan Ramadhan.

Pertengahan Ramadhan ini cubaan dan dugaannya berbeza dengan yang awal Ramadhan.

Kalau yang mulanya, enjin baru nak start, terdengar krukx2 nya, 🙂

pat pertengahan ini, enjin dah jalan tapi ia boleh jadi terlalu laju atau terlalu perlahan.

Kalau terlalu laju, penat bila masok akhir Ramadhan tapi kalau terlalu perlahan terlalu bosan nak teruskan!

Semoga ALLAH membantu kalian sepertinya saya juga mengharap ALLAH membantu saya terus beristiqamah ke akhir Ramadhan, Insya ALLAH.

Saya suka sajak di bawah ini yang saya dapati dari iluvislam.com. dan paling penting ada quote dari adik Hilal! <owner of http://langitilahi.com>

 Salam Sayang

~Nani~

 “Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti aku yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.

 Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan menjadi sedikitlah orang yang memberi peringatan.”-Hassan Al Basri

 —————————————————

http://www.iluvislam.com/karya/puisi-kreatif/4824-kerna-aku-juga-sepertimu.html

“Pada hari itu sahabat-sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh).” (Surah az-Zukhruf, ayat 67)

Teman,
Aku bukan sahabat sebaik yang kau sangka,
Aku bukan sahabat yang mampu berdiri sendiri untuk menasihati kamu,
Aku juga bukan sahabat yang selalu teguh imannya,
Malah, aku juga bukan sahabat yang selalu bersih hatinya.

Kerna,
Aku juga remaja sepertimu, sahabat,
Di saat gelora cinta dunia membuak-buak…

Kerna,
Aku juga manusia, sahabat,
Yang selalu ada naik turun imannya.

Kerna,
aku juga insan, sahabat,
Yang selalu lupa saat diri dibuai cinta dunia.

Kerna,
Kalian tidak tahu keadaan hatiku ini,
Sekiranya kalian tahu,
Mungkin kalian akan berasa jijik dengan hatiku yang penuh dosa ini.

Memang benar,
Diri ini selalu menasihati kalian,
Diri ini selalu mengingatkan kalian…

Tetapi,
Adakah kalian tahu,
Segala nasihat yang aku berikan itu,
Bertujuan untuk mengingatkan diri ini jua,
Bertujuan agar bila aku lupa,
Kalian bisa mengingatkan aku kembali.
Untuk mengingatkan agar diingatkan,
Bukankah itu tujuan sebenar kita bersahabat?
Untuk kita saling ingat mengingati?
Atas dasar iman dan taqwa?

Aku tidak mahu di Hari Akhirat nanti,
Kita berbalah dan menjadi musuh,
Kerana tidak mengingatkan antara satu sama lain.

Aku juga perlu bimbingan, wahai sahabat.
Aku juga perlu dinasihati, wahai sahabat.

Hilal Asyraf berkata, “Kalau benar bersahabat biar berpimpin tangan merentas Syurga, bukan menjadi pengkhianat melempar sahabat ke neraka. Maka, jadilah pelindung yang melindungi sahabatnya daripada azab Neraka.”

Err, sudikah kiranya sudi berpimpin tangan denganku …menuju Jannah-Nya?