Tag Archives: khutbah

Khutbah Jumaat 20 Zulhijjah 1434H / 25 Oct 2013

24 Oct

Bismillah, bacalah dengan nama Tuhan yang menjadikan! [Surah al-Alaq 96:1]

Assalammualaikum sahabat-sahabat yang dirahmati ALLAH swt.
Semoga sahabat-sahabat semua di dalam naungan rahmat Illahi.

Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah!
Kita bakal bertemu dengan penghulu hari iaitu Hari Jumaat, Insya ALLAH.

Khutbah Jumaat minggu ini adalah mengenai “Menyemai Sikap Kesederhanaan Dalam Pendidikan Anak – Anak.”
Satu tajuk yang menarik.

http://www.muis.gov.sg/cms/uploadedFiles/MuisGovSG/Khutbah/E13Oct25%20-%20Children%20Education.pdf (in english)
http://www.muis.gov.sg/cms/uploadedFiles/MuisGovSG/Khutbah/R13Oct25%20-%20Menyemai%20Sikap%20Kesederhanaan%20Dalam%20Pendidikan%20Anak-Anak.pdf (in Malay)

Pernah Nani baca pendidikan anak bermula di saat seorang lelaki bernikah dengan seorang wanita.
Dan semalam Nani membaca kata-kata ini, dan terfikir sejenak.

Rumahmu sekolah, ruang-ruangnya sebagai kelas.
Ayah ibu guru-gurunya, anak-anak sebagai muridnya.
Pertanyaannya : Pendidikan apa yang selama ini diajarkan disana?

Semoga Allah s.w.t memberkati kehidupan kita sekeluarga dan mengurniakan sakinah di dunia dan kebahagiaan abadi
di akhirat kelak. Aamin ya Rabbal ‘Aalami.

Sollu Alan Nabiy (Allahumma soli ala Muhammaddin wa’ala ali Muhammad SAW)

Salam Sayang
~Nani~

“Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang.”

Khutbah Jumaat 23 August 2013 / 16 Syawal 1434H

23 Aug

Bismillah, bacalah dengan nama Tuhan yang menjadikan! [Surah al-Alaq 96:1]

Assalammualaikum sahabat-sahabat yang dirahmati ALLAH swt. Semoga sahabat-sahabat semua di dalam naungan rahmat Illahi.

Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah! Jumaa Mubarak!

Khutbah Jumaat minggu ini adalah mengenai “Membangun Pemahaman Agama yang Kukuh.”

http://www.muis.gov.sg/cms/uploadedFiles/MuisGovSG/Khutbah/R13Aug23%20-%20Membangun%20Pemahaman%20Agama%20yang%20Kukuh.pdf [Malay]

http://www.muis.gov.sg/cms/uploadedFiles/MuisGovSG/Khutbah/E13Aug23%20-%20Strengthening%20our%20Religious%20Understanding.pdf [English]

Sebagai persambungan dua khutbah Jumaat yang lalu, khutbah hari ini amatlah dihargai dan harus diamati. Semoga ALLAH swt memelihara diri kita dan keturunan kita, Insya ALLAH.

Hari ini Nani nak kongsi artikel yang ditulis oleh Ustaz Pahrol.

http://genta-rasa.com/2013/06/25/ibadah-sang-kapitalis/

Bila membacanya tempoh hari Nani terkesima (dumbfounded). Banyak refleksi (reflection) yang dilakukan.

Ustaz Pahrol adalah idola saya kerana banyak penulisannya yang bersahaja tapi mampu membangkitkan kesedaran dalam diri ini. Alhamdulillah, pada bulan Ramadhan yang lalu, saya bersempat berjumpa dengan beliau dengan menghadiri sesi seminarnya yang pertama di SG. Melihat sendiri tutur cara beliau serta akhlaknya amat mengagumkan (awe) dan amat terkesan di dalam diri ini. Dia datang lebih awal dari peserta seminar! SubahanALLAH.
Benar dia mengamalkan apa yang dikatakan dan dipesan sentiasa di dalam setiap penulisnya. Masya ALLAH.
Semoga ALLAH mengampunkan dosanya dan mempermudahkan segala urusan dakhwahnya. Amin ya Rabb!

Nani akhiri pengkongsian ini dengan doa yang terdapat di dalam khutbah hari ini:-

Semoga Allah s.w.t. terus memelihara diri kita dan ahli keluarga kita dalam keimanan dan hidayahNya.
Dan semoga Allah s.w.t mengurniakan kepada kita rasa cinta kepada agama dan umat yang tercinta ini, amin ya Rabbal Alamin.

Sollu alan Nabi!

Salam Sayang
~Nani~

“Pasangan hidup manusia adalah ISLAM, tanpanya manusia akan terpisah daripada ketenangan dan kebahagiaan.”

Khutbah Jumaat – 4 January 2013 / 21 Safar 1434H

4 Jan

Bismillahirrahmanirrahim, Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Assalammualaikum sahabat-sahabat yang dirahmati ALLAH swt. Jumaa Mubarak!

Mari kita panjatkan rasa bersyukur kita kepada ALLAH kerana dengan limpah kurniaanNYA dan rahmatNYA yang Maha luas, Kita masih diberi kesempatan untuk kembali kepada jalan menuju kepadaNYA.
ALLAH sentiasa menunggu kita, hambaNYA, untuk kembali kepadaNYA, dengan penyerahan yang sempurna.

Alhamdulilah Alhamdulilah Alhamdulilah.

Salah satu rahmat dari ALLAH yang tidak terhingga ialah ALLAH telah memberikan kita, Rasulullah SAW dan
khutbah Jumaat hari ini adalah mengenai “Inspirasi Unggul Dari Keperibadian Rasulullah s.a.w”.

http://www.muis.gov.sg/cms/uploadedFiles/MuisGovSG/Khutbah/R13Jan04%20-%20Keperluan%20Mengenali%20Nabi%20s.a.w..doc

Ada dua perkara yang dibincangkan mengenai tajuk ini di dalam khutbah hari ini.
Pertama, Rasulullah s.a.w. merupakan contoh terulung dalam keperibadian akhlak yang terpuji.
Kedua, dengan mengenali adab Rasulullah s.a.w. kita dapat memahami bagaimana menterjemahkan ajaran Al-Quran ke dalam kehidupan seharian.

Jadi teringat saya dengan artikel yang saya kongsi minggu lepas!  Indahnya aturanNYA – SubahanALLAH, Maha Suci ALLAH..

Allahumma soli ala Saidina Muhammad SAW wa’ala ali Saidina Muhammad SAW!

Dan minggu ini saya ingin berkongsi 3 video dari Tanyalah ustaz “Maaf, ikhlas atau terpaksa?”

http://youtu.be/5flWPwZIH7k – Bahagian 1

http://youtu.be/y597dh8zgSo – Bahagian 2

http://youtu.be/EFbpAm3OQ2Q – Bahagian 3

Salah satu sifat Baginda ialah sifat pemaaf!

Semoga cinta yang ada ini untuk Rasulullah SAW ini membangkitkan motivasi untuk “copy and paste” segala keperibadian Rasulullah SAW yang mulia ini.

Dan semoga nanti di padang masyar, kita semua akan berada bersama Rasulullah SAW di bawah khemah “Umat baginda Rasulullah SAW”.

Insya ALLAH.

Salam Sayang
~Nani~

574826_10151250835003612_787971488_n