Khutbah Jumaat 23 August 2013 / 16 Syawal 1434H

23 Aug

Bismillah, bacalah dengan nama Tuhan yang menjadikan! [Surah al-Alaq 96:1]

Assalammualaikum sahabat-sahabat yang dirahmati ALLAH swt. Semoga sahabat-sahabat semua di dalam naungan rahmat Illahi.

Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah! Jumaa Mubarak!

Khutbah Jumaat minggu ini adalah mengenai “Membangun Pemahaman Agama yang Kukuh.”

http://www.muis.gov.sg/cms/uploadedFiles/MuisGovSG/Khutbah/R13Aug23%20-%20Membangun%20Pemahaman%20Agama%20yang%20Kukuh.pdf [Malay]

http://www.muis.gov.sg/cms/uploadedFiles/MuisGovSG/Khutbah/E13Aug23%20-%20Strengthening%20our%20Religious%20Understanding.pdf [English]

Sebagai persambungan dua khutbah Jumaat yang lalu, khutbah hari ini amatlah dihargai dan harus diamati. Semoga ALLAH swt memelihara diri kita dan keturunan kita, Insya ALLAH.

Hari ini Nani nak kongsi artikel yang ditulis oleh Ustaz Pahrol.

http://genta-rasa.com/2013/06/25/ibadah-sang-kapitalis/

Bila membacanya tempoh hari Nani terkesima (dumbfounded). Banyak refleksi (reflection) yang dilakukan.

Ustaz Pahrol adalah idola saya kerana banyak penulisannya yang bersahaja tapi mampu membangkitkan kesedaran dalam diri ini. Alhamdulillah, pada bulan Ramadhan yang lalu, saya bersempat berjumpa dengan beliau dengan menghadiri sesi seminarnya yang pertama di SG. Melihat sendiri tutur cara beliau serta akhlaknya amat mengagumkan (awe) dan amat terkesan di dalam diri ini. Dia datang lebih awal dari peserta seminar! SubahanALLAH.
Benar dia mengamalkan apa yang dikatakan dan dipesan sentiasa di dalam setiap penulisnya. Masya ALLAH.
Semoga ALLAH mengampunkan dosanya dan mempermudahkan segala urusan dakhwahnya. Amin ya Rabb!

Nani akhiri pengkongsian ini dengan doa yang terdapat di dalam khutbah hari ini:-

Semoga Allah s.w.t. terus memelihara diri kita dan ahli keluarga kita dalam keimanan dan hidayahNya.
Dan semoga Allah s.w.t mengurniakan kepada kita rasa cinta kepada agama dan umat yang tercinta ini, amin ya Rabbal Alamin.

Sollu alan Nabi!

Salam Sayang
~Nani~

“Pasangan hidup manusia adalah ISLAM, tanpanya manusia akan terpisah daripada ketenangan dan kebahagiaan.”

Leave a comment